MENGHITUNG HARI : Kembali ke Sekolah


Assalamualaikum. Hi.



           Dah lama sangat sangat sangat, jari aku tak menaip laju-laju kat blog ini. Al-maklumlah, tahun depan 
aku akan menduduki peperiksaan PENILAIAN MENENGAH RENDAH. Ayah aku dah tak izinkan aku untuk FACEBOOK-ing, TWITTER-ing, YOUTUBE-ing. Dipendekkan cerita, ayah aku dah tak benarkan aku bermain LAPTOP ! Dia suruh aku fokus untuk belajar jerr.Tapi sebenarnya, masa aku tak dihabiskan dengan belajar pun,aku asyik MAKAN, TIDUR & TENGOK TV.
.

               Sekarang ni, aku asyik menghitung hari bila cuti sekolah mahu menutup tirai. Sebenarnya, aku punya mental + fizikal belum bersedia nak masuk ke-zon PMR. --'. Tak nak masuk ke alam 'FORM 3'. Kalau boleh aku teringin nak jadi budak umur 6 tahun, masuk tadika belajar ABC sampai Z jerr.Tak payah susah-susah fikir macam mana nak buat karangan, nak hafal formula matematik. Best kann jadi budak-budak. 

TAK NAK KEMBALI KE SEKOLAH

TAK NAK MASUK TINGKATAN TIGA

TAK NAK PENILAIAN MENENGAH RENDAH

     Err, walau macam mana pun aku punya TAK NAK. Aku tetap kena masuk ke alam Tingkatan Tiga --'. Terpaksa la aku mengatakan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. #selamat sangat, tangan ke dada, mata ke atas.

HELLO 2012, BACK TO SCHOOL.