Tak Seronok =,=

 Tak seronok ?
Apa yang tak seronok bagi ku ?

**************
Perkara yang tak seronok ialah semua murid tingkatan dua dikehendaki pindah blok !
Ish, tak suka lha !
Dah pertengahan tahun macam ni la baru nak tukar sana sini . Penat la cikgu .
Daripada tingkat empat beralih kepada tingkat dua .
Daripada blok A beralih kepada blok D kot .

Aku tak berapa suka blok yang aku baru pindah ni sebab :

Keadaan Blok yang menyayat hati .
Ya, blok itu sangat menyayat hati . Blok yang aku duduk sekarang ni blok lama .
Terdapat perkara yang tak berapa sedap mata memandang .
Conteng sana sini . Kalau conteng tentang formula untuk berjaya okay la .
Tapi conteng yang bukan-bukan .
Conteng ''no couple no sad'' , ''siapa nak BF hensem ambil no ni 0191234567 '' .
Ada yang lagi teruk, mereka yang kreatif yang amat sangat ni,
Mencarut !
Ish, agak-agak la kalau nak meluahkan perasaan . janganlah luahkan dekat public .

Kelas yang ku dapat uzur !
Kelas yang aku duduki untuk menerima ilmu sekarang ini,
teramatlah uzur ! nak belajar pun tak senang .
Berlubang sana sini . Conteng sana sini .
Kerusi dan meja pula goyang sana sini . Boleh rap you all ! Hahaha .
Urm, kedudukan tempat aku duduk memang betul-betul duduk bawah kipas
Tapi, kipas tu TAK BERFUNGSI a.k.a ROSAK !
Fuhh, sabar jela .

Junior yang berlagak + gedik + bajet ganas .
Aku memang tak suka duduk blok ni sebab
JUNIOR BERLAGAK + GEDIK +BAJET GANAS = MENGADA !
Junior lelaki bila nampak senior, buat-buat ganas .
Mengata kat senior . Who care ?
Junior perempuan pula buat tergedik-gedik . Lepak kat tangga
sebab nak menarik perhatian senior lelaki .
Yucks, teruk nya perangai . Dah kebulur sangat kot nak bercouple .

p/s -> statement kat atas tu bukan untuk semua junior-junior ku okay . Hanya sesetengah orang sahaja.

Dah penat .
Classmate aku dah penat nak menghias kelas tak berapa nak baru tu .
Kelas kami dulu, kami hias cantik-cantik bagai nak rak .
Ceria macam kanak-kanak ribena .
Alih-alih kena pindah dekat kelas yang macam tongkang pecah .
Dah la kedudukan kelas kami ni di tengah-tengah .
Menjadi laluan murid-murid . Kami tak fokus semasa pembelajaran !
Murid-murid di blok ni boleh dikatakan sebagai atlet harapan .
Lepas loceng berbunyi je mesti berlari kat koridor macam nak menyertai OLIMPIK .

--------------------------------

Apaapa pun ni hanya dugaan di bulan puasa .
Kita sebagai hambaNYa hanya mampu bersabar .
Okay lah, aku dah malas nak cakap banyak,
lagipun sekarang ini kan bulan Ramadan, aku tak nak kurangkan pahala ku .

OKbye .